"Semoga Allah memperteguhkan kamu dengan tiupan kekuatan daripadanya dan semoga Allah tidak mengosongkan jiwa kamu daripada mengingatiNyanwalau seketika.Bersungguh-sungguhlah kamu dengan kesungguhan yang berantaikan ketekunan dan tinggalkanlah kerehatan dan bermalas-malasan.Bangunlah kerana Allah di atas telapak kebenaran dan jadikanlah cita-citamu setinggi-tinggi harapan yang makin tinggi dan padu.
Berhati-hatilah,berhati-hatilah dan berhati-hatilah kepada apa yang kamu khuatiri.Berhati-hatilah kamu daripada sebarang helah dan tipuan.Berhati-hatilah kamu daripada menghadapkan diri kamu kepada manusia dan kemudian mereka memuliakan kamu kerana ia merupakan fitnah dan ujian yang menjadi racun pembunuh.Berhati-hatilah kamu daripada panah petir mereka yang berawan tetapi tidak menurunkan hujan.Buangkanlah rasa putus asa kamu daripada mereka dan hapuskan sifat haloba. (bersambung)